Saturday, May 12, 2012

Hala Tuju lepas SPM


Assalamualaikum 

Bagi sesape yang tak tahu, sekarang aku baru nak masuk semester kedua sebagai pelajar diploma Interior Design (ID). Menjadi pelajar UiTM kos seni memang dah lama aku idam-idamkan sejak dalam perut mak lagi. hewhewhewww. Tapi bapak aku tak bagi sebab dia cakap kos seni ni susah nak dapat kerja. eh? Buktinya bini member bapak aku yang ada dip pun sampai beranak pinak tak kerja-kerja lagi. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia sapa yang taw ye dop.


Lepas SPM, macam-macam institusi aku apply. SPA, maktab, UPU. UiTM je aku tak isi weyyyyyhhhh! Sebab aku ingat bila aku dah isi UPU dari first choice sampai third choice dan seterusnya aku letak UiTM, comfirm akan dapat lagipun result aku kos seni kejadah semua tu aku dapat A solid kottttt tapi at last yang aku dapat UIAM ! yesss UIAM ok =='


Sebulan sebelum aku masuk UIAM, aku dapat interview SPA - Jururawat pelatih/Jururawat Masyarakat/ Penolong Farmasi. Aku isi lima tapi yang layak untuk di-interview hanya tiga. Ok la dari tak dak apa langsung kan. Interview kat Hospital Alor Star. Ada la dalam 20 orang hari tu. Mula-mula masuk ambik test yang nak uji kejujuran kita tu. Dalam masa satu jam setengah kena jawab lebih kurang 200-300 soalan. Soalan dia ya ampunnnnnn.... berbinau mata eden nak baca sebab berulang-ulang.


Masa masuk interview tu lagi sekali ya ampunnnnn.... habis sopan dah aku ni haa jalan kepit-kepit duduk bersimpuh atas kerusi wkakaka ok ni tipu. Soalan pertama wajib la perkenalkan diri kan. Naseb baik cakap melayu kalau cakap omputih boleh buat terberak eden kat situ. Lepas tu dia ada tanya tak dapat mana-mana tawaran ke. Aku time tu memang dah plan awal-awal tak kan cakap dapat tawaran UIA sebab orang cakap SPA ni hanya ambik budak-budak yang fresh. Means, kau tak dapat apa-apa tawaran dari mana-mana institusi lagi. Masa interview ni kau kena bijak menipu, cakap tu kena la belit-belit sikit, ayat mesti manissssss. bhahahaha jahat kan =='


Soalan-soalan yang dorang tanya termasuk lah apa nama menteri kesihatan, menteri bla bla bla, berapa kolej jururawat kat mesia, nama organ dalam badan, nama saintifik ubat-ubatan, warna baju jururawat farmasi, apa tugas misi dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah semua aku boleh jawab kecuali yang nama saintifik ubatan tu je aku tak taw. hewhew 


Sebulan jugak lah result SPA nak keluar samaada dapat atau tak. Dalam masa yang sama, aku dah kena masuk UIA so nak tak nak terpaksa masuk belajo dulu sementara tunggu result SPA. Tak sampai sebulan kat UIA, bapak aku tepon cakap aku dapat SPA! Time tu perasaan terbelah bahagi nak stay kat UIA ataupun tak. Tapi hati aku berat kat SPA sebab aku rasa aku tak mampu nak belajo kat UIA sebab subjek power sangat. 


Tapi......aku tak p pun SPA. hahaha buat penat je p interview kan. rezeki dah tergolek depan mata pun boleh tolak. Kalau pikiaq-pikiaq balik rasa macam nak putaq balik 2,3 tahun ke belakang, bodo gila sebab p tolak kalau dak time ni mesti tengah cucuk bontot cina tua kat spital seberang jaya wakakakaka


2tahun setengah kat matriculation UIA, dan setelah 2 kali memegang status sebagai repeater paper BI yang sangat la haram jadah sebab payah nak lulus walaupun hanya lagi 0.5 mark saja lagi untuk terus ambik degree kat Gombak, terus aku berambos tanpa quit. bhahahaha aku memang jahat. padan muko ko UIA. 


Disebabkan ingin menebus kekecewaan sebab tak mintak UiTM dulu, aku pun apply untuk second intake november 2011 dan alhamdulillah aku dapat kos ID. Sesungguhnya Allah mendengar doa-doa orang yang teraniaya ;) Terima kasih UIA sebab telah menggagalkan paper BI saya sebanyak 2 kali untuk memaksa saya ambik long semester ataupun mungkin pihak anda ingin merembat duet bapak saya untuk yuran yang perlu dibayar sebanyak rm700. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk bayar yuran di UiTM rm500 sahaja. Tu pun dengan bantuan dari WPP RM1500 yang saya dapat sebelum masuk UiTM. (pinjaman je ponnn senah ko jangan riak)


Tadi member dari UIA gombak mesej cakap dia nak quit UIA sebab tak tahan. Bukan tak tahan sebab banyak negro kacau dia tapi sebab kena belajar bahasa Arab yang sangat extreme. Lagi mengejutkan dia dah kena DISMISS masa semester satu sebab pointer rendah. So pilihan dia lepas ni adalah UiTM jugak macam haku. 


Welcome to UiTM 


4 comments:

tak puas hati tulis kat bawah compom aku balas ;p