Friday, July 29, 2011

Adek aku jumpa Anwar Hadi. Warrggghhhhh! Kenapa bukan aku!

Rabu lepas Anwar Hadi datang sekolah adek aku. Sebab, sekolah adek aku ada Hari Kokurikulum. Anwar Hadi tuh anak kepada cikgu adek aku. Boleh pulak adek aku tak kenai sapa tuh Anwar Hadi. Anwar Ibrahim kenal pulak. Sengal.

@weyh, hang kenai dak Anwar Hadi?

@kenai. Awat?

@taw ak tadi dia mai sekolah aku. Anwar Hadi tu sapa?

@Anwar Hadi p sekolah hang?? buat apa?? *heart attact namplohsatu saat

@sekolah aku ada hari koko. Ayah dia, sir aku. Masa dia mai, qamai oqang dok jerit-jerit siap tangkap gambaq bagai. Pelik aku.

@hang ni bodo la. Hang taw dak anwar hadi tu blablabla......

@ooooo......patut hari tu sir aku suruh dak sekolah aku vote anak dia untuk pertandingan hape ntah.

*hak hak kantoi suruh dak sekolah vote. Patut menang 3 awards sekali hadap. Hak hak ;p

Kalau aku tahu Anwar Hadi p sekolah adek aku, dah lama aku cangak kat depan pagaq sekolah mintak otograp. Mana tahu tetiba dia jatuh hati ajak aku bikin video raya pulak ka. Sila jeles. Hak hak ;p

Gambar-gambar ni aku rembat kat fesbuk member adek aku. Jom layan.

comey anwar hadi wat peace.
*pitam patploh hari -_-"


alolololo tomeynya diaaaaaa gggeeerrrraaammmm nengok!




p/s : bila pulak turn aku nak berposing ngan anwar hadi neyh! jeles jeles jeleeeeeesssssssss!


THANKS for reading ^__^

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday | aksi menyicah yang boleh meneteskan ayaq liuq sebaldi dibulan puasa -__-"


Boleh busung perut aku kalau terus-terusan diuji sebegini rupa kalau bulan posa. Tak tahan ngok. Kering ayaq liuq menengoknye. 

Tamat

Thursday, July 21, 2011

tibatiba dia ada belakang aku. adoi.


Hari tu bapak aku ada bawak balik borang, ala yang pasang streamyx dapat notebook free sebijik tuh, pakej untuk setudent. Bukan yang pakej bebudak sekolah tuh.

TM punya. Kalau yang dah ada telepon rumah murah la. Kalau tak dak, mahal sikit ar tak silap aku tigaratus plusplus.

Sebab dapat notebook free, bapak aku pon apa lagi, fotostat aku punya matrix kad dengan ic, terkedek kedek pegi TM ambik borang <====== nak dapat free punya pasal.

Satu hal pulak aku kena pegi office uia pasal nak cop borang tuh. Bukti kata aku setudent situ la. Masa balik cuti mid break seminggu, ayah aku dah pesan awalawal kat aku, jangan lupa bawak borang tuh mintak cop.

Tiba hari nak balik sana, akibat termakan semut banyak kat rumah, aku terlupa nak bawak borang tuh. Elok dah naik bas sampai penang, ayah aku tepon.

@bawak dak borang yang nak cop tu?

@alamak! Terlupa la ayah. Tak ingat langsung. Adoi

@hang tu dia la dalam oqang dok pesanpesan berbuih mulutmulut, bawak bawak bla bla bla blaa...

*leteran berlarutan setiap kali telepon -_-"

Dipendekkan cerita, bapak aku pun pos la borang tu. Sebulan aku simpan, nak pegi office mintak cop, aku takut. Lagipun aku compius department mana yang boleh cop borang tuh.

Tiaptiap hari bapak aku tepon tanya, dah cop ke belum, dah mintak sain dorang ke belum. Tension aku nak jawab.

Dua tiga hari sebelum balik cuti final, aku pegi lah department bertemankan borang yang dah separa lunyai tu dengan member aku. Kalau pegi sorang, memang aku cangak kat luar pintu la sampai habes waktu pejabat.

Lepas rasuah member aku suruh tanya orang kat department tuh, datang la sorang mamat ni. Nama dia Muhammad. <====== kat name tag dia lah. Aku tak sure dia menteri bahagian apa kat department tuh. Umor dia dalam 20 an lebehlebeh sikit. *kut

Lepas tuh dia pon sain, cop apaapa yang patut. Terima kasih incik. Aku ambik borang tuh terus blah. Keluar dari department, aku belek la borang tuh. Tengok kat mana dia sain, kang silap tempat tak pasal lak bapak aku hamput aku.

Aku tengok tandatangan dia. Bapak huduh gila bai. Spontan keluar dari mulut aku------------->

“Bapak huduh gila tandatangan dia. Lawa lagi tandatangan adek aku!

Lepas cakap macam tuh, aku perasan macam ada orang belakang aku. Sekali aku pun kalih.

Nahhhhh....hambik kau, mamat nama Muhammad yang tolong tandatangan borang aku tadi tuh bagus je jalan belakang aku.

Muka aku time tu kalau bebudak tecik nengok, maw nangis tujuh hari tujuh malam. Pucat macam hantu kak limah pon ado. Adoi, rasa macam nak lari masuk dalam oven mak aku je time tuh.

Oh tidak! Aku terus bukak langkah seploh ribu jalan lajulaju tanpa menoleh ke belakang lagi sebab takut mamat tuh rampas balik aku punya borang nak dapat streamyx ngan laptop pree.

Jangan la bagi mamat tu dengaq aku kutuk dia, jangan la bagi mamat tuh perasan aku (berdoa). Rasa macam nak pinjam baju halimunan Harry Potter jap.

Lepas kes tu aku terus nyesal, nyesal sebab aku kutuk dia dan kemungkinan besaq dia dengar apa yang aku kata tuh. Yela, orang pekak pun boleh dengar kalau aku cakap, suara aku tak boleh kontrol aku tak boleh cakap pelanpelan. Tak puas.

Bila jalanjalan kat area campus, nampak je muka mamat nama Muhammad tuh aku terus jalan lajulaju kepala tunduktunduk bawah mata buatbuat tak nampak hati dupdap bukan sebab berkenan tapi takut kalaukalau dia cam aku, setudent yang cakap tandatangan dia huduh tuh. -__-

Moral of the story, aku kena hatihati lepas ni kalau nak ngutuk orang sesedap rasa seindah bicara. Pastikan kiri kanan depan belakang atas bawah tak dak orang baru boleh bukak mulut.

Boleh macam tuh? Muahaha

p/s : aku rasa mamat tuh macam dengar je apa yang aku cakap. Tu la sapa suruh dia sain cincai macam sain budak baru pandai pegang pensel je aku nengok.


THANKS for reading ^__^
.sayang korang kewtatkewtat.
.jum nak lanje mum kek cokelat.




*penggemar tegar kek cokelat.kalau bulan posa, maw menetes ayaq liuq sebaldi.

Wednesday, July 20, 2011

Wednesday, July 6, 2011

.CFS IIUM.Nilai Campus. tetap di hati. Part III (kelas SOCIOLOGY)

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.

Hari ni aku nak cerita pasal kelas SOCIOLOGY & ANTROPOLOGY. Kelas feveret aku. Siap ada pakej boleh cuci mata sebab ramai betul kumbang ensem-ensem dalam kelas. (tangan didada mata pandang atas.)

.ni lecturer aku.

.port aku area belakang belakang dari awai sem sampai habes.

Comey ak lecturer aku. Sekali tengok macam Jericho Rosales dua kali tengok macam ayah aku pon ada. Nama beliau ni, Sir Alizaman D Gamon. Bukan adek beradek pokemon dan bukan sepupu digimon.  Made in Filipina. Tapi fasih gila cakap melayu. Cuma slang dia je buat orang tak tahan.

Kalau dia cakap melayu dengan BI jenuh aku tadah telinga nak fahamkan apa yang dia cuba nak kasi taw. Ada sekali tu dia nak sebut “matter” tapi taw dia sebut apa? “Mate”. Hahahahaha. Macam KL gitu. Member aku siap angkat tangan-tanya dia, macam mana nak eja “mate” yang dia sebutkan tuh, sekali dia pon eja la. M.A.T.T.E.R! Siot betul qenggah gelak pecah perut aku ngan member aku lepas balik dorm.

Sir ni sumpah garang gila nak mati bai. Kalau dia naik hangin siap kau kena hempuk la nanti. Tu belum part dia tuju sorang-sorang suruh jawab soalan. Silap hari bulan boleh terkencing dalam kain. Takut tak boleh jawab pon ada, takut tengok mata beliak-beliak dia pon ada.

First year dulu dia penah ajar aku subjek Basic Theme of Al-Quran. Lepas tu aku ingat berakhir la sudah berguru ngan dia, tetiba second year muncul pulak ngajar subjek SOCA. Bukan aku tak suka dia ngajar, tapi tu lah. Slang dia tu pelik bebenor aku nak paham. Nak tanya aku takut terkencing dalam kain.

Beliau ni sangatsangat tak kedekut markah. Selagi beliau boleh tolong student beliau akan tolong. Tapi kau kena buat la kerja-kerja yang dia kasi. Masa first year dulu dia suka bagi presentation untuk tolong carry mark. Aku ingat lagi last kelas, beliau suruh sorang-sorang bangun and then present seploh minit apa yang kau faham dari awal dia ngajo sampai habes.

Tak pun kau boleh pilih satu tajuk dan present apa yang kau faham pasal tajuk tu. Dari situ ikut suka dia la nak bagi bapa markah untuk tambah kat carry mark kau. Tapi semua dia kasi lepas la. Kalau yang fail tuh mesti kes suka ponteng kelas. Erm, kan bagus kalau semua lecturer buat macam dia ni. Tak la sampai 2,3 kali aku kena resit paper BI. -_-"

Kalau masuk kelas beliau ni (semua kelas pon sama je) port aku selalu belakang-belakang. Tak pun kalau ada makhluk halus curi port aku, aku akan port pulak belakang bebudak yang badan besor dari aku. Biar beliau tak nampak aku bila nak panggil suruh jawap soalan. Kehkehkeh.

.ni bear belaan aku.
.Elaun aku saja habes untuk beli makanan dia.
.melantak tak hingat. 
-..-


Second year bersama beliau, presentation haram satu pon tak dak. Best tak kira aku siap buat kenduri sembelih beruang belaan aku lagi punya happy. Gila kau kelas tu dah la ramai jantan tak ke malu nak cakap sensorang kat depan tuh. Aku pasti dorang pon malu nak cakap sensorang kat depan awek-awek cun. Muahahaha.

Tapi beliau ada anjurkan satu trip untuk kelas aku. W.A.J.I.B! Sesapa tak join tak dapat seploh markah. Even ada hal nak balik tengok kucing meninggal. Seploh markah tu wei tambah kat carry mark. Sapa tak maw. Trip hape jom layan gambar-gambar kat bawah.



Trip ke Kampung Orang Asli

Sociology ni belajar pasal human being. Memula kami nak pegi rumah anak-anak yatim tapi ramai pulak yang vote nak pegi melawat orang asli. Berbayar la. Dopluh lima hinggit satu kepala. Kami pegi satu hari suntuk.

.masa ni baru sampai.
anjing berjebah kut, berak merata.
.mind your step ok kalau datang sini. kang tak pasal kena samak.



.ukiran ni ambik masa berbulan jugak untuk siap.
.harga ikut saiz dan kepayahan nak ukir.
.satu ni boleh cecah beratus hinggit.
.topeng tuh kalau buat teman tidur maw tak lena sampai pagi.
.jangan terkejut kalau aku cakap dorang ni penah buat demo ukiran sampai kat Paris.
.dia siap tunjuk gambo posing kat Eiffel Tower lagi.
.jeles aku nengok.

.pengsan abang tuh kena interview ngan kitorang.
.2 singgit 2 singgit 2 singgiiittttttt.
.mahal kot menda alah ni.
.yang aku pegang kiri bawah tu tak silap aku 23hinggit.
.baik aku beli yang warna purple tu, 3 hinggit je satu. ^oo^

.ukiran dorang memang menakutkan.
.boleh ngusik adek-adek korang buat letak bawah bantal taknak kasi kencing malam. haha
Lepas melawat hasil kerja dorang, time untuk agih group ke rumah keluarga angkat masing-masing. Berangkut bekalan sardin, telur, gula, garam segala jalan keliling kampong. 2 km jugak menapak. =,=

.hitam tu sexy hape.

.pehal bear belaan aku ni. semua gambo ada muka dia.


Satu rumah diperuntukkan untuk satu group. Tapi rumah yang aku dapat tuh special sikit sebab dapat dua group. Syiok makcik tu dapat bekalan double. Doploh tahun makan pon tak habes. Tapi tak banyak sangat gambar kat rumah keluarga angkat tu sebab time tu kami dok kalut menginterview tuan rumah.

Group aku dapat tajuk "pekerjaan". Yang lain ada yang dapat tajuk pengebumian, perkahwinan, adat, bahasa dan tarian. Member aku yang pulun interview makcik tuh, aku lak ambik port masak sardin kat dapur. Rajin la konon, padahal kat rumah pemalas tak hingat. =,=

.time aku pejam jugak kau nak snap kan.


.fuyoh, maju orang asli pasang astro, rumah aku pon tak dak.muahahaha
Lepas je pelahap lebih kurang pukul 3 petang kami bertolak pegi padang. Tengah-tengah hari qembang panas terik tak hingat yang boleh membatakkan muka aku untuk burn, ada pulak buat sukaneka. Naseb baik ada incik tuala boleh jugak buat ganti daun pisang.

.siot betul sir aku tangkap gambo curik.
(nak letak jugak)
Orang asli ni kita kena pandai ambik hati dorang jangan sampai dorang tak nak bagi kerjasama meracau kau nanti tak dak info nak merapu dalam assignment.

Lagi satu jangan berani sebut satu perkataan ni kat dorang, “SAKAI”. Kami dah dipesan awal-awal supaya jangan berani sebut perkataan ni kalau masuk tempat dorang. Masak aku kalau kalau melatah terkeluar perkataan ni. Mintak simpang la. Tapi kalau kau nak rasa sakit disumpit ce cakap ce cakap.

Dorang memang suka sangat main game. Pompuan main bola ganas gila nak mati bai kalah bebudak laki kat CFS aku nengok. Mandi lumpur, telan lumpur, minum lumpur. Best best. Aku selalu buat dalam mimpi. muahahahaha


.boleh pilih nak yang mana. -..-
.dak laki kanan ujung tuh aku dah cup. haha



.penjaga garisan la sangat. kehkeh
Lepas habis je games tuh, kami kena berjalan lebih kurang 2 km pulak nak pegi Balai Raya. Penyampaian hadiah kepada para pemenang main lumpur paling sempoi. Adoi letih letih letih macam nak pitam setahunsetengah. Haus la pas ni tapak kasut crocs aku.haha

.kau menang ke tak, kau tetap dapat hadiah. 


Lepas tu masyarakat orang asli kat sini punya baik hati pegi buat menari makyung ke tarian zapin ntah aku pon tak taw. Semua bebudak yang nari nari. Sangat menarik siap ada muzik segala. Sekali ngan aku aku pon masuk join dorang menari. Bukan selalu nak dapat pengalaman macam tu ye dak. Sekali seumor hidup je kau nak memalukan diri sendiri. 



.jakun jap bergambar ngan adek ensem tadi. hehe

**pengsan seploh saat nengok gambo sendiri.

.sila vote kami.
.dari kiri, hidayah, hazirah, nazira afiqah, fashihah, masitah.



.ini best frend saye dunia akhirat. amen. muahaha
Hambek kau satu hari mencapap kat situ. Letih rasa macam nak tidoq taknak bangun duatahunsetengah. Naseb baik, Alizaman sporting bagi cuti untuk kelas esok hari. Tapi beliau cakap jangan kasi taw department nanti dorang marah beliau. Hahaha. Terbaik la Alizaman. Like sekilo.

Lepas tu jangan buat-buat hilang ingatan pulak, setiap group kena buat assignment untuk tajuk-tajuk yang kau dapat tuh. Haa p bukan p saja la. Beliau bagi tempoh seminggu untuk hantar, tapi macam selalu la esok nak hantar malam tu baru pecah kepala la pulun dok buat.

Harapkan budak laki yang satu group ngan aku tuh, hampeh. Sampai sekarang dia still hutang aku seploh hinggit duet buat beli hamper. Taik betul. Buat topup pon boleh 3 kali super savers bekal menggedik ngan cik abang sayang. muahaha

Time tengah mencari info nak buat assignment kat tenet tetiba jumpa info pasal ni. Menarik bagi aku.


Nama beliau ni incik HARIMAU BERANTAI. Beliau diukir hanya menggunakan sebongkah kayu. Harga beliau ni boleh cecah puluhan ribu. Tak pasti r berapa. 35 ribu ke 60 ribu ntah. Ni kalau aku rembat dua tiga ekoq hari tu boleh kaya aku, boleh buat beli blackberry limabelas bijik.

Harap demo enjoy baca entry kawe. Aku memang suka buat entry pepanjang. Kesah? Tak nak baca g main jauhjauh. hehe -..-

Terima Kasih Anda^^

Tuesday, July 5, 2011

.CFS IIUM.Nilai Campus. tetap di hati.part II

.Second year. First semester.
.Bangga 2minit dengan gelaran senior. -..-

.otw dari SP ke Nilai bersama SAKINAH MUNARWARRAH.

Sampai je Nilai, terus kena pegi Sem Hall, register masuk bilik. Naseb tak menyebelahi bila kami tak dapat bilik yang sama. Letih aku pujuk kakak mahallah tuh nak masuk satu bilik dengan minah ni, tapi macam tak paham pulak an dengan sistem dorang tuh. 

Last-last aku dapat bilik D-2-6. Block D, tingkat 2, room nombor 6! Walawei la, siot betul. Aku dah la tak kenal sapa sekor budak bilik tuh. Tak boleh jadik, aku nak tukar jugak. Boleh pengsan owh tak dak geng nak ajak makan sesama,  mandi sesama, study sesama, korek idung sesama. 

Seminggu lebih jugak la aku terperap kat bilik tuh, last-last dapat gak tukar dengan sorang budak Ganu. Bilik baru aku, D-3-1. Cait, lagi tinggi. Kurus aku sem nih nak memanjat tangga sampai tingkat 3. 

.kenangan terakhir di D-2-6.

Tinggi pon tinggi lah. Kurus pon kurus lah. Janji ada member. Tu yang penting. 








.hari pertama persekolahan.
.lecturer tak masuk.
^oo^

Semester ni aku start belajar Core Course. Political Science, History, Sociology & Antropology, dan Communication. Padat memang padat sebab aku still ambik BI, level 5. Jangan harap kau nak rehat sebarang 2minit. Takkan sempat punya. Lunch time sejam je. Semayang lagi. Memang rush gila arh sem ni. Kelas pulak level tinggi-tinggi. P balik p balik, maw haus tapak kasut. Yang pakai heels 3inci, compom balik tinggal setengah inci. Aku pakai crocs bodoh je. -..-

Dalam bebanyak kelas, aku palingpaling tak suka kelas Communication. Tak paham betul aku bila ada orang cakap best. Tapi, depends on lecturer yang ngajo tu jugak kan best ke tak. Lecturer aku sumpah tak best! Boring tak hingat kelas dia. Layan lagu kat earphone lagi bagus bai dari dengaq dia mengajaq. 

Bukan nak mengutuk tapi ni kenyataan. Realiti.

Pertama : Bila dia ngajar, mesti akan ada bunyi cengkerik. Haha. Tak pun, bunyi plastik cokelat. 
Kedua : Selang beberapa minit mesti akan ada student kuar g toilet. Berulang dan berulang dan berulang. 
Ketiga : Suara dia maha slow macam cakap sensorang dalam selimut. 
Keempat : Slide show dia mereben-reben panjang berjela-jela kalau nak compare dengan note kat buku. Pas tu tak sempat lagi nak salin kasi habes, dia dah ubah slide lain. Sebab tu ramai je note aku yang tergantung. haha
Kelima : Kelas ni berjalan seperti biasa 2 kali seminggu. Tak penah cancel. Hoho~~
Keenam : Kalau dia tanya soalan, sapa sekor tak penah angkat tangan nak jawab. haha :p
Ketujuh : Lecturer ni sangatsangat kedekut markah exam. Satu soalan, markah hanya 1/4. Soalan berjebah, full mark hanya 5. Hahahaha. Boleh bayang tak macam mana nak kira mark? Paling tinggi aku dapat 3 1/4 per 5. 
Kelapan : Kelas dia start on time. Tapi selalu je dia lajak sampai makan masa lunch kitorang. Seminit dua aku boleh sabar lagi, sampai 15, 20 minit tuh memang nak makan kaki la. Hahaha

Banyak betul aku carik kesalahan dia. Dalam ketidak sukaan aku pon, masih terselit sebarang dua yang aku suka dengan kelas dia. 

Pertama : Masuk p la lewat setengah jam ke sejam ke, dia takkan marah. Jauh sekali nak potong markah exam. hehe
Kedua : Exam dia hanya OBJEKTIF. Yehaaa, boleh tembak. 
Ketiga : Boleh tiru time exam even kerusi dijarakkan. Aku selalu buat yang ni. 
Keempat : Presentation hanya sekali sepanjang kelas dia. 
Kelima : Mata tumpu kat slide show, kepala hotak baik punya dok layan lagu jiwang kat earphone. Hahaha :p
Keenam : Muka dia macam artis veteran kesukaan makcik aku.
Ketujuh : Paling aku suka sekali, dalam kelas ni aku boleh bergambar sesuka hati mak bapak aku. Dia takkan nampak sebab port aku selalu kat kerusi belakang. Jom layan gambar kat kelas dia.




Soalan final exam paper nih sumpah payah gila nak mampus. Mati akai aku pikiaq jawapan. Ambik kau sekali objektif pon tak ada. Meraung aku sebab tak boleh nak tembak. Tapi naseb baik aku lepas. Cukup makan je result paper tu. Ok la tu kan dari kena repeat. Tak sanggup rasanya.  Boleh jadi mumia aku kalau kena repeat paper communication.

Cerita pasal subjek communication yang aku tak minat untuk hari ni dah habes. Esok aku nak cerita pasal subjek lain pulak. Subjek lepas ni semua aku minat. Tambahtambah sociology. Esok aku ceta. Bubye.


p/s : tiaptiap hari update seawal subuh. penyakit tak boleh tidoq awal.

Thanks for reading ^__^

Monday, July 4, 2011

.CFS IIUM.Nilai Campus. tetap di hati. ^_^


Assalamualaikum^^
Entry ni special untuk kawankawan aku kat CFS IIUM,Nilai Campus. Dari 1st year, 2nd year, dan short sem. Tapi kali ni sedih sikit, jangan nangis sudah. Aku sayang korang ketatketat. ^__^

Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau dengan keputusan aku nak quit ni mengecewakan korang. Tambah-tambah yang penah stay ngan aku sampai 4sem tuh. Lama kan kita hidup satu family. 2 tahun lebeh tu aku dah kaut macam-macam pengalaman. Tak ternilai harganya.


Aku ingat lagi, 2minggu lepas masuk CFS IIUM, aku dapat tawaran SPA. Tapi time tuh hanya ada masa 5 hari je lagi nak daftar diri kat Hospital Sg. Buluh sebagai nurse pelatih. Memang tak sempat aku nak balik. Nak buat medical check up lagi. Jauh ayah aku nak datang ambik, pas tu antaq datang balik. Tak cukup persediaan lagi. 

Niat hati memang aku nak masuk SPA, sebab aku rasa aku macam tak boleh nak survive kat IIUM. Tapi kesian pulak nak tinggal member-member. Ayah aku pulak macam nak aku stay situ. Mungkin ayah aku excited anak sulung dapat masuk u. So, aku pilih untuk stay. Selamat tinggal jururawat.

Lepas tu satu persatu member-member aku keluar. Paling sadis bila member sebelah katil aku keluar pegi Maktab. Dia ni yang pulun tak nak kasi aku masuk SPA, tapi dia pulak keluar. Sedih betul aku. Pas tu sorang lagi pulak keluar. Maktab jugak.

Lepas tuh aku dapat member baru. Budak Johor. Memang rapat gila arh. Tapi tak sangka dalam diam dia tikam aku dari belakang. Biarlah, dia memang suka hidup dalam penipuan. 2hari sebelum final semester dua, kami bergaduh teruk. Puncanya perangai dia, tapi yang mulakan pergaduhan tu, aku.

Banyak kali sangat dah dormates aku bersabar dengan perangai dia. Takpa, biar aku settle kan. Pergaduhan tu berakhir dengan tamparan yang maha kuat di pipi dia. Memang tu yang dia nak. Rasakan. Hari tu jugak dia keluar dari bilik A-2-4 untuk selama-lamanya. Alhamdulillah ^__^

Annual Grand Dinner. Hanya 5 orang yang join, daripada 16 orang. 5 orang tu pon hanya 3 orang yang betul-betul join. Sebab lagi 2 kena uruskan majlis tu. Sayu je tengok bilik-bilik lain kan. Ahli dorang semua cukup 20 orang. Kita? 3,4 kerat je.

.hambik kau sebesar alam aku kasi.


Terima kasih tak terhingga kepada Teacher Mimi dan Ustazah Atikah yang banyak berjasa kat aku time 1st year dulu. Kalau tak dak dorang ni maybe sampai sekarang aku still bengab tak reti nak handle segala mak nenek pasal study. 

Aku tak minat gila arh subjek BI, benci benci benci! Selalu dorang dorang ni la yang tolong aku buat essay, ajar sepiking, vocab, dan yang paling penting bila ada presentation, sekor sekor aku perah suruh bagi idea. Seminggu prepare, takut bergetaq lutut punya pasai nak sepiking depan kelas.

.aku tak suka kelas miss afifah.
.seminggu 7x presentation wok.


Ingat lagi tak masa kita keluar reramai satu bilik masa sem satu. Kita pegi Midvalley. Hari tu dalam sejarah kita balik lewat. Pukul seploh setengah malam. Pintu pago compom terkatup. Bukan salah kita pun, KTM tu yang delay lambat sangat. Kalau ada pon, penuh macam sardin dalam tin. Tak sanggup nak naik berhimpit-himpit dengan negro. Ensem cam Brad Pit tak pe gak. Time tuh, tak de lagi koc untuk pompuan cam kita. 

Berbuih mulut kita bela diri bagitaw mak guard dengan pak guard. Nasib baik dorang faham, kita cuma kena warning je. Lagi baik dari kena saman lima puluh hinggit kan. Maw kaya department kalau saman kita. Berapa kepala punya dok ada.





Bila masuk je elaun, macammacam kita rancang nak pegi. Maw tu lesap je ujung-ujung minggu. Nak lunch pon kalau boleh tiap-tiap hari nak mum kat McDonald, KFC, Pizza Hut, Secret Recipi, kan? Mana pandang cafe cafe kat area block kita tuh, apa barang.

Bila tinggal sebulan je lagi nak final, tiap-tiap hari kedarah magee je siang malam pagi petang. Paling koman pun, stok stok roti yang dah lama berhabuk dalam loker tuh,  ambik cicah ngan milo panas. Sob sob.

Semester satu & semester dua, jadual aku boleh tahan la padat. BI je pon, dah 3 kelas. Writing, Reading, Listening&Sepiking. Tambahtambah bila kena ambik Bahasa Arab pulak. Basic je pon, ingat senang ke nak lepas? Kalau tak, tak de la yang kena repeat 2,3 kali subjek tuh. Aku suka belajar subjek tuh, sebab ustaz yang ngajo. Boleh cuci mata. Hehe

.Ustaz ni terer gila buat khat.
.nama aku tuh dia yang buatkan.

Bila campus kita ada buat function pape yang penting, macam ceramah ke apa ke, mesti group kita yang suka buat over kan. Bergambar tu yang penting. Abaikan ceramah tuh, abaikan mata yang melihat. Hehehe




























Hujung minggu nak hilangkan stress belajaq, MPN selalu jadi tempat kita berlari-lari main aci ligan duduk, menari poco-poco, senaman yoga segala. Sumpah budak-budak pun kalah kalau tengok kita main. Tu belum masuk part kita ganyang playground lagi. Naik buaian pas tu buai laju-laju sampai 85 darjah sambil nyanyi lagu nak kawen dengan anak raja, naik papan longsor, merangkak dalam terowong....

.tak suka betul aku pakai baju biru labuh tuh.
.dah la ada cop CFS IIUM segala.




































Erm, cukup dulu untuk hari ni, rasa macam panjang sangat pulak satgi. Esok nak buat part II pulak. Gambar pun berkilo lagi yang tak bubuh. hehe.

Terima Kasih ^__^