Friday, April 13, 2012

Minggu Destinasi Siswa - UiTM Seri Iskandar


Assalamualaikum =)

Cerita tahun lepas. Tak silap aku seminggu jugak lah kami kena kerah bangun seawal empat setengah pagi. Malam nye tidoq pukul satu dua. Orentasi kali ni memang betul-betul menguji tahap ketahanan mental aku sebab selama seminggu tu sekali je aku bangun awal. mean selebihnya tu memang terbabas la wei hikhik =D


Nak harapkan roomates aku lagi la tak boleh harap sebab dia pun harapkan aku. Kalau tak bangun aku, tak bangun lah dia. ==' Stail tidoq mati tak hengat dunia semua. Letih kot dah la jarak dari blok nak pegi dewan jauh nak mampos. Tambah kena pakai kasut sport pulak, aku lak tak bawak stokin, mau melecet teqa nak boleh sampai. Sehari 4,5 kali ulang alik dari dewan makan pegi dewan utama. seminggu? mau berdarah kaki. Hati pun giat memaki hamun akak abang fesi. 


Ada sekali tu kad matric aku kena rampas dengan akak fesi sebab tak pakai stokin. Terus tak senang duduk weiiii kad matric tu dah jadik sebahagian dari hidup aku kat uitm kalau tak dak dia tak bermakna aku dok situ wuuuwuuuuu (EMO). Aku cakap kat akak tu, aku tak bawak stokin, nak pinjam member pun tak dak ekstra stokin. Pastu dia kata, kenapa tak beli je. Aku cakap la, nak beli kat mana koop pun tak bukak, lagipun students baru tak dibenarkan langsung pegi mana-mana time orentasi. so camna aku nak beli? camna hah? (sambil tayang muka suci). Tapi dia tak terima alasan aku dan terus merembat kad matric aku. pffffffttttttt !


Tapi esok tu aku berjaya dapat balik kat matric aku. hikhik tu pun lepas puas berjanji esok nak pakai stokin. So terpaksa la jugak aku desak roomates aku selongkar beg dia kot kot ada stokin sesat dan....hikhik ada lah stokin muka katak. yay =) 


Dress code masa orentasi ni amatlah macam jakun. Aku yang tak pernah-pernah pakai tudung bawal (sebab dok layan shawl je) terpaksa pakai jugak masa orentasi tu. Dah la kena pin 3. pffffftttttt. Pastu yang paling dasyat bila kena pakai seluar track kat dalam. ape-kes? Tak nak kasik pangkal paha melecur dikala terpaksa kawat keliling uitm kot? tu je best reason aku boleh pikir. 


Ada sekali masa riadah waktu petang, akak2 fesi suruh pakai T-shirt putih dengan track dan kasut sukan. Yang penting tutup bontot. Tiba-tiba tak dak angin tak dak ribut lepas je solat asar dorang buat spotcheck baju jarang ke tak. 80% jugak la yang kena tukar pakai baju kurung balik. termasuk aku =='


otw pegi jenguk-jenguk fakulti





Selamat Malam readers =) 


8 comments:

  1. ayu singgah jenguk tuan blog..;-)

    ReplyDelete
  2. takpe,pakai bju kurung blk pun cun..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik yela tu zzy ni memandai je kn hehe :)

      Delete
  3. teringat masa zaman belaja kat sri iskandar dulu...minggu mesra siswa....yg paling tak boleh lupa time kene botakkan rambut then pakai baju batik....i look ridiculous!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe biasa la tu kalau masuk belajaq, kena ikut rules. hehe

      Delete
  4. teringat zaman saya orientasi kat UITM jengka dulu..seksa gila!!

    ReplyDelete

tak puas hati tulis kat bawah compom aku balas ;p