Wednesday, July 6, 2011

.CFS IIUM.Nilai Campus. tetap di hati. Part III (kelas SOCIOLOGY)

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.

Hari ni aku nak cerita pasal kelas SOCIOLOGY & ANTROPOLOGY. Kelas feveret aku. Siap ada pakej boleh cuci mata sebab ramai betul kumbang ensem-ensem dalam kelas. (tangan didada mata pandang atas.)

.ni lecturer aku.

.port aku area belakang belakang dari awai sem sampai habes.

Comey ak lecturer aku. Sekali tengok macam Jericho Rosales dua kali tengok macam ayah aku pon ada. Nama beliau ni, Sir Alizaman D Gamon. Bukan adek beradek pokemon dan bukan sepupu digimon.  Made in Filipina. Tapi fasih gila cakap melayu. Cuma slang dia je buat orang tak tahan.

Kalau dia cakap melayu dengan BI jenuh aku tadah telinga nak fahamkan apa yang dia cuba nak kasi taw. Ada sekali tu dia nak sebut “matter” tapi taw dia sebut apa? “Mate”. Hahahahaha. Macam KL gitu. Member aku siap angkat tangan-tanya dia, macam mana nak eja “mate” yang dia sebutkan tuh, sekali dia pon eja la. M.A.T.T.E.R! Siot betul qenggah gelak pecah perut aku ngan member aku lepas balik dorm.

Sir ni sumpah garang gila nak mati bai. Kalau dia naik hangin siap kau kena hempuk la nanti. Tu belum part dia tuju sorang-sorang suruh jawab soalan. Silap hari bulan boleh terkencing dalam kain. Takut tak boleh jawab pon ada, takut tengok mata beliak-beliak dia pon ada.

First year dulu dia penah ajar aku subjek Basic Theme of Al-Quran. Lepas tu aku ingat berakhir la sudah berguru ngan dia, tetiba second year muncul pulak ngajar subjek SOCA. Bukan aku tak suka dia ngajar, tapi tu lah. Slang dia tu pelik bebenor aku nak paham. Nak tanya aku takut terkencing dalam kain.

Beliau ni sangatsangat tak kedekut markah. Selagi beliau boleh tolong student beliau akan tolong. Tapi kau kena buat la kerja-kerja yang dia kasi. Masa first year dulu dia suka bagi presentation untuk tolong carry mark. Aku ingat lagi last kelas, beliau suruh sorang-sorang bangun and then present seploh minit apa yang kau faham dari awal dia ngajo sampai habes.

Tak pun kau boleh pilih satu tajuk dan present apa yang kau faham pasal tajuk tu. Dari situ ikut suka dia la nak bagi bapa markah untuk tambah kat carry mark kau. Tapi semua dia kasi lepas la. Kalau yang fail tuh mesti kes suka ponteng kelas. Erm, kan bagus kalau semua lecturer buat macam dia ni. Tak la sampai 2,3 kali aku kena resit paper BI. -_-"

Kalau masuk kelas beliau ni (semua kelas pon sama je) port aku selalu belakang-belakang. Tak pun kalau ada makhluk halus curi port aku, aku akan port pulak belakang bebudak yang badan besor dari aku. Biar beliau tak nampak aku bila nak panggil suruh jawap soalan. Kehkehkeh.

.ni bear belaan aku.
.Elaun aku saja habes untuk beli makanan dia.
.melantak tak hingat. 
-..-


Second year bersama beliau, presentation haram satu pon tak dak. Best tak kira aku siap buat kenduri sembelih beruang belaan aku lagi punya happy. Gila kau kelas tu dah la ramai jantan tak ke malu nak cakap sensorang kat depan tuh. Aku pasti dorang pon malu nak cakap sensorang kat depan awek-awek cun. Muahahaha.

Tapi beliau ada anjurkan satu trip untuk kelas aku. W.A.J.I.B! Sesapa tak join tak dapat seploh markah. Even ada hal nak balik tengok kucing meninggal. Seploh markah tu wei tambah kat carry mark. Sapa tak maw. Trip hape jom layan gambar-gambar kat bawah.



Trip ke Kampung Orang Asli

Sociology ni belajar pasal human being. Memula kami nak pegi rumah anak-anak yatim tapi ramai pulak yang vote nak pegi melawat orang asli. Berbayar la. Dopluh lima hinggit satu kepala. Kami pegi satu hari suntuk.

.masa ni baru sampai.
anjing berjebah kut, berak merata.
.mind your step ok kalau datang sini. kang tak pasal kena samak.



.ukiran ni ambik masa berbulan jugak untuk siap.
.harga ikut saiz dan kepayahan nak ukir.
.satu ni boleh cecah beratus hinggit.
.topeng tuh kalau buat teman tidur maw tak lena sampai pagi.
.jangan terkejut kalau aku cakap dorang ni penah buat demo ukiran sampai kat Paris.
.dia siap tunjuk gambo posing kat Eiffel Tower lagi.
.jeles aku nengok.

.pengsan abang tuh kena interview ngan kitorang.
.2 singgit 2 singgit 2 singgiiittttttt.
.mahal kot menda alah ni.
.yang aku pegang kiri bawah tu tak silap aku 23hinggit.
.baik aku beli yang warna purple tu, 3 hinggit je satu. ^oo^

.ukiran dorang memang menakutkan.
.boleh ngusik adek-adek korang buat letak bawah bantal taknak kasi kencing malam. haha
Lepas melawat hasil kerja dorang, time untuk agih group ke rumah keluarga angkat masing-masing. Berangkut bekalan sardin, telur, gula, garam segala jalan keliling kampong. 2 km jugak menapak. =,=

.hitam tu sexy hape.

.pehal bear belaan aku ni. semua gambo ada muka dia.


Satu rumah diperuntukkan untuk satu group. Tapi rumah yang aku dapat tuh special sikit sebab dapat dua group. Syiok makcik tu dapat bekalan double. Doploh tahun makan pon tak habes. Tapi tak banyak sangat gambar kat rumah keluarga angkat tu sebab time tu kami dok kalut menginterview tuan rumah.

Group aku dapat tajuk "pekerjaan". Yang lain ada yang dapat tajuk pengebumian, perkahwinan, adat, bahasa dan tarian. Member aku yang pulun interview makcik tuh, aku lak ambik port masak sardin kat dapur. Rajin la konon, padahal kat rumah pemalas tak hingat. =,=

.time aku pejam jugak kau nak snap kan.


.fuyoh, maju orang asli pasang astro, rumah aku pon tak dak.muahahaha
Lepas je pelahap lebih kurang pukul 3 petang kami bertolak pegi padang. Tengah-tengah hari qembang panas terik tak hingat yang boleh membatakkan muka aku untuk burn, ada pulak buat sukaneka. Naseb baik ada incik tuala boleh jugak buat ganti daun pisang.

.siot betul sir aku tangkap gambo curik.
(nak letak jugak)
Orang asli ni kita kena pandai ambik hati dorang jangan sampai dorang tak nak bagi kerjasama meracau kau nanti tak dak info nak merapu dalam assignment.

Lagi satu jangan berani sebut satu perkataan ni kat dorang, “SAKAI”. Kami dah dipesan awal-awal supaya jangan berani sebut perkataan ni kalau masuk tempat dorang. Masak aku kalau kalau melatah terkeluar perkataan ni. Mintak simpang la. Tapi kalau kau nak rasa sakit disumpit ce cakap ce cakap.

Dorang memang suka sangat main game. Pompuan main bola ganas gila nak mati bai kalah bebudak laki kat CFS aku nengok. Mandi lumpur, telan lumpur, minum lumpur. Best best. Aku selalu buat dalam mimpi. muahahahaha


.boleh pilih nak yang mana. -..-
.dak laki kanan ujung tuh aku dah cup. haha



.penjaga garisan la sangat. kehkeh
Lepas habis je games tuh, kami kena berjalan lebih kurang 2 km pulak nak pegi Balai Raya. Penyampaian hadiah kepada para pemenang main lumpur paling sempoi. Adoi letih letih letih macam nak pitam setahunsetengah. Haus la pas ni tapak kasut crocs aku.haha

.kau menang ke tak, kau tetap dapat hadiah. 


Lepas tu masyarakat orang asli kat sini punya baik hati pegi buat menari makyung ke tarian zapin ntah aku pon tak taw. Semua bebudak yang nari nari. Sangat menarik siap ada muzik segala. Sekali ngan aku aku pon masuk join dorang menari. Bukan selalu nak dapat pengalaman macam tu ye dak. Sekali seumor hidup je kau nak memalukan diri sendiri. 



.jakun jap bergambar ngan adek ensem tadi. hehe

**pengsan seploh saat nengok gambo sendiri.

.sila vote kami.
.dari kiri, hidayah, hazirah, nazira afiqah, fashihah, masitah.



.ini best frend saye dunia akhirat. amen. muahaha
Hambek kau satu hari mencapap kat situ. Letih rasa macam nak tidoq taknak bangun duatahunsetengah. Naseb baik, Alizaman sporting bagi cuti untuk kelas esok hari. Tapi beliau cakap jangan kasi taw department nanti dorang marah beliau. Hahaha. Terbaik la Alizaman. Like sekilo.

Lepas tu jangan buat-buat hilang ingatan pulak, setiap group kena buat assignment untuk tajuk-tajuk yang kau dapat tuh. Haa p bukan p saja la. Beliau bagi tempoh seminggu untuk hantar, tapi macam selalu la esok nak hantar malam tu baru pecah kepala la pulun dok buat.

Harapkan budak laki yang satu group ngan aku tuh, hampeh. Sampai sekarang dia still hutang aku seploh hinggit duet buat beli hamper. Taik betul. Buat topup pon boleh 3 kali super savers bekal menggedik ngan cik abang sayang. muahaha

Time tengah mencari info nak buat assignment kat tenet tetiba jumpa info pasal ni. Menarik bagi aku.


Nama beliau ni incik HARIMAU BERANTAI. Beliau diukir hanya menggunakan sebongkah kayu. Harga beliau ni boleh cecah puluhan ribu. Tak pasti r berapa. 35 ribu ke 60 ribu ntah. Ni kalau aku rembat dua tiga ekoq hari tu boleh kaya aku, boleh buat beli blackberry limabelas bijik.

Harap demo enjoy baca entry kawe. Aku memang suka buat entry pepanjang. Kesah? Tak nak baca g main jauhjauh. hehe -..-

Terima Kasih Anda^^

7 comments:

tak puas hati tulis kat bawah compom aku balas ;p