Friday, May 18, 2012

Melukis tanpa bantuan encik pemadam dan puan pembaris.



Assalamualaikum 



Antara bebanyak lecturer kat kelas aku, ada sorang je yang aku paling takut. Takut sebab perangai dia tak boleh nak jangka. Nama dia encik N. Lecturer drawing. Muda lagi. Anak baru sorang. Wifey dia pun lecturer ID jugak tapi ajar part lain.


En N ni suka bagi task-task yang super susah. Yang buat kita bukan setakat kena pakai otak tapi kena berfikir sedalam perigi buta belakang rumah tok aku. Aku dengar budak kelas dia ada la 2,3 orang yang dah quit sebab tak tahan. Esaiment first yang kami dapat masa kelas drawing ni ialah melukis bangunan menggunakan pensil tanpa bantuan pembaris dan pemadam.


Seminggu aku ambik masa nak lukis tak guna pemadam dan pembaris. Noob gila, biasa la bebudak junior. Apa yang lecturer cakap ikut je bulat-bulat. Tu pun sebab ada member kelas aku cakap lecturer boleh detect kalau kita guna pemadam dan pembaris, so kalau nak selamat better jangan guna. Aku pun takut punya pasal, ikut la cakap dia. Kalau ikut aku, ADE AKU KESAH KE SENAH? HAHA


Original version




Version yang telah aku hancuskan wakawakawaka 




Memang wajib la senget benget bangunan tu kalau dapat kat aku. Tangan pun herot buat straight line. Biasa la parkinson =='. Ni kalau architect tengok drawing aku ni silap-silap dia ambik buat lap meja dapur rumah dia je. Lagi malang lepas submit tu, en. N koyak lukisan kami sebab dia tak puas hati. Naseb baik lukisan aku terselamat dari koyakkan maut tu kalau tak memang time tu jugak la aku pegi bando U beli tiket balik kampong ngadu kat mak. Wakakakaka


Ni pulak lukisan bebudak kelas aku. 





kbai



5 comments:

tak puas hati tulis kat bawah compom aku balas ;p