Thursday, October 6, 2011

Perginya seorang SAHABAT....


Assalamualaikum.
**maaf, entry kali ni agak berjela-jela. tak paksa sesapa nak baca. hanya kenangan dengan seorang kawan yang telah pergi menghadap Ilahi. 



Tahun 2003. Sekolah rendah dulu aku ada sorang member laki. Nama dia "S". Nak kata nakal tu, ada la sikit. Dia duduk sebelah aku dalam kelas. Dulu cikgu selang-selikan laki pompuan sebab kalau letak puak-puak kang banyak dok potpetpotpet je lebeh dari belajar. Kat barisan aku, dua pompuan, sorang laki. S duduk tengah-tengah.


Aku benci gila kat mamat S ni. Sebab dia suka cari gaduh ngan aku. Suka ejek aku BATMAN <---------- nama manje aku kat sekolah rendah (-.-') Lagi satu dia suka rembat barang-barang aku bila aku pegi main bola jaring. Dulu aku aktif bola jaring kat sekolah. Asal masuk kelas nak belajar, mesti ada je barang aku yang hilang. Yang selalu jadi mangsa si S ni ialah ----->>



Padahal murah je kot ubat pensil ni. 80 sen pon nak main rembat-rembat ngan aku. Kalau rembat satu dua tak pe lagi, ni rembat sampai habes! Bengang la aku. Yang aku pelik, budak pompuan lain dia tak kacau, aku yang BATMAN ni jugak dia berkenan. Ehh. bukan. bukan. typing error pulak (-_-')


Ade satu hari tu, member baik aku bisik kat aku, dia dengar si S sembang ngan budak laki kelas aku, member aku cakap, si S buat pengakuan yang dia sukakan aku! Mati-mati aku tak percaya. Buang tabiat ke ape si S ni tetiba ada hati kat aku. eeeee mintak simpang! *lupa cakap, si S ni KACAKK jugak! sekali tengok macam hero hindustan kat tb tu pon hado*

hahaha jangan tak percaya pulak kalau aku kata
muka dia iras-iras lepa ni ;p


Ok. berbalik pada tajuk utama. Kalau tengok ke cara si S tu takde pulak tanda-tanda dia tengah dilamun cinta. Dah la tiap-tiap hari gadoh ngan aku. Curik beskat aku time balik sekolah, ejek aku naik beskat buruk la hape la. Macam tu ke budak laki tunjukkan rasa suka dia kat sorang pompuan? kut ye pon letak la bunga ros patbelas kuntum bawah meja ke baru la aku percaya. ye dak?


Dah habes era sekolah rendah, masuk la era sekolah menengah. Time tu semua dah berpisah. Termasuk la aku dan si S. Aku masuk sekolah agama, dia masuk sekolah biasa kat area rumah kami. Rumah dia ngan rumah aku tak la jauh sangat, kentut pon bau. tipu. Nak dijadikan cerita, satu hari lepas balik sekolah aku dapat satu panggilan. Masa tu pakai telepon rumah je. budak mentah lagi. Rupa-rupanya si S yang telepon! Dah la buat suara pompuan kekonon takut mak aku yang angkat. Bila teringat suara pompuan dia tu mesti aku gelak sensorang. suci gila nak menipu pun. hahaha 


Taw dia cakap ape? Dia cakap.......Dia dah lama simpan perasaan kat aku! Fuhh. menggelabah aku. Tanjat gegurl! Tapi aku berlagak kool je la. Takkan nak loncat-loncat pulak kan. Start dari situ la kami baik. Gaduh tu ada jugak, tapi gaduh manja la. hak hak. Tiap-tiap hari lepas balik sekolah mesti dia telepon aku. Naseb baik mak aku tak syak apa-apa. Time tu kan tengah dok tayang slot Rossalinda Ayamor mana mak aku nak ambik kesah sangat sapa kol.


Tapi tak lama lepas tu dia tukar masuk sekolah agama kat Baling, Kedah. Terus kami terputus hubungan. Dia balik jarang-jarang. Kalau balik sekalipun tak penah dah telepon aku. Jumpa tu lagi la tak pernah. So, aku klasifikasikan  *cewahhhh*  hubungan kami sebagai kawan baik dah terputus. Tapi kadang-kadang tu kalau aku ronda kat area rumah dia, mesti aku skodeng jugak kot-kot dia balik, tapi hmmmmm. HAMPA. (nampak sangat aku yang gatai -.-')



7 tahun kemudian.......



Masa ni semua budak-budak dah ada fesbuk sorang dua tiga account. Betapa maju budak-budak zaman sekarang. Sekolah rendah pon dah pakai henset canggih. Aku dulu pakai henset 3310 je kut. Tu pun dapat masa form 3. (-_-")


Eh. back to the topic. Masa aku tengah godek-godek fesbuk add jejaka-jejaka jambu, tak disangka-sangka aku ter-ADD si S ! Lagipun dia tak pakai nama betul, so aku tak taw la tu sapa. Macam ada jodoh pulak kan. hak hak. Lepas tu dia pun approve. Tapi dia tak kenal aku, maybe dia main-main aprove je, tak perasan sapa aku. Aku pun masa tu tak taw jugak dia sapa. Tak lama lepas tu, baru la aku perasan, yang tu fesbuk si ! Budak laki yang penah cakap dia sukakan aku 7 tahun dulu. harr harrr


Aku pun terus post kat wall dia, dia bagi respon. Dia pun terkejut jugak. Start dari situ kami kerap chatting malam-malam. Macam-macam topic kami sembang. Tukar nombor telepon. Rindunya saat tu.....kawan.


Sampai la satu hari, hari jumaat kalau tak silap. Adek aku balik tuisyen bagitau kat mak aku, bekas ustaz sekolah dia meninggal. Aku macam terdengar adek aku sebut nama S. Ye, S memang penah jadi ustaz sekejap kat sekolah rendah kami dulu lepas SPM. Masa tu aku terus tanya adek aku bertubi-tubi, sapa yang meninggal. Adek aku sebut nama S. Aku macam tak percaya. Lepas tu adek aku selongkar album nasyid dia, cari something. Lepas tu dia tunjukkan aku satu gambar. Dia tunjuk gambar sorang lelaki. Badan gempal, kulit sawo matang. Tu bukan S ! aku menarik nafas lega. fuhhhh kus semangat eden


Petang tu... Adek aku yang lelaki, darjah 6 balik dari jamuan. Mak aku tanya dia pasal kematian ustaz dia tu. Mati-mati adek aku nafikan sebab dia tak dengar apa-apa cerita pun pasal tu. Masa tu aku dah tak senang duduk. Hati aku kuat mengatakan yang meninggal tu adalah ! Ya Allah, selamatkanlah S. Aku terus bukak fb, kalau ada apa-apa berita mesti dah banyak member sebar kat fb. 


Ya Allah... Betul sangkaan aku, yang meninggal tu adalah S! S kemalangan jalanraya bersama 3 orang lagi member. Dah tersurat, S dan sorang lagi member dia meninggal kat tempat kejadian. Sorang lagi parah. Yang pelik, pemandu kereta tak cedera sikit pun. Semua terjadi atas kehendakNYA. Member S yang meninggal tu pun kawan fb aku jugak. Keciknya dunia. Dorang masih menuntut di UiTM, Arau, Perlis.



Aku simpan lagi keratan akhbar ni. Setiap kali tengok muka dorang mesti sayu je aku rasa. S dah tujuh tahun lebih aku tak jumpa. Azrul lagi la tak pernah jumpa, sembang dalam telepon je pernah. Kehilangan yang amat besar bagi aku. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Buat S, aku halalkan barang-barang aku yang hang suka ambik tanpa kebenaran, ejek aku BATMAN, cakap beskat aku buruk, semua aku maafkan. Semoga korang tenang di sana.


Al-fatihah buat SAHABATKU, Mohd Syazwan Bin Azizan (tokei kambing) & Azrul Hadi Bin Azizan (john planter's)

4 comments:

  1. sedey pulak bace n3 nie yunk...huhu...
    al-fatihah buat sahabat kamoo.
    salam knl dr cik nut.
    dah follow :)

    ReplyDelete

tak puas hati tulis kat bawah compom aku balas ;p