Wednesday, June 8, 2011

Girls Day Out ^^



Assalamualaikum kepada semua penduduk Bumi ^__^
(Termasuk jugak Haters aku)
**orang HOT biasa la.haha


Hari ni, waktu ni, detik ni, saat ni aku akan pastikan aku berjaya untuk menge-post entry kali ni. Seminggu dah aku pendam cita-cita nak menc*rut tulis, tapi memanjang kering idea tak dak ayat nak taip. Memandangkan malam ni aku adek beradek dipaksa balik kampung kat Kodiang, 2 hari jugak tak boleh online, maw tak maw aku nak update gak. Buah last sebelum berambus. 

Minggu lepas kakak member aku kawen, lepas ja kenduri, bila dah berjumpa member-member satu pala, start la nak melencong melancong pegi memana, boring doh dok rumah. Masing-masing cuti kecuali sorang je sekolah lagi (AYEN.padan muka). So lepas je melantak kat rumah kenduri, kami berempat plan la nak p Pantai Merdeka (deret r) bersama driver kami yang bertauliah, cik Pinat Kalut yang kuat qeyaw tu. Lepas kutip duet minyak sorang sikit sebab masing-masing ngah pokai, lebeh kurang pukul 6 petang kami pon bertolak menuju ke Pantai. P time-time ni baru best sebab boleh sekodeng orang buat projek kat dalam hutan, celah batu, dalam khemah, tapi kalau malam lagi best, macam pesta. Hahaha

Sampai je sana, ada ekspo kepala bapak apa ntah, bising memekak tak maw kalah dengan show ular segala.Kitorang pon jalan la menyusuri denai-denai pantai sampai ke hujung sebab blah sana orang tak ramai sangat, boleh la nak bergambar bogel pon orang tak nampak. agagaga

Berbekalkan kamera Nikon cap ayam pinat dan baju jamu segala, kami pon start snap kecil-kecilan. Segan tu ada jugak sebab pakcik yang dok mancing kat situ tengok kami macam tak penah tengok pompuan cantek ja. Arhh, pedulikan! Kesah apa sebab semua jenis muka tak malu, janji gambar maw berkilo dalam laptop. Bukan senang nak jumpa, setahun sekali pon belum tentu dapat. Jom usya gambar-gambar kitorang dari kat tepi pantai, panjat tembok, atas batu, dalam ayaq, tepi hutan, belakang jamban, sampai kat food court punya dok bergambaq. Just for fun :)



Gunung Jerai ;)

percubaan untuk memanjat ^^












 DRIVER kami petang tu
merangkap member time tecik2
yang kuat selak (qeyaw)^..^









Cup, tak habes lagi nak sambung balik ni :p
Semalam tak sempat nak upload kasi habes sebab bapak aku kalut nak balik Kodiang. 
Jom layan gambar bawah ni pulak. ^__^



ouch, menonggek di waktu magrib.

malaysia next top model ^^



Frust tak habes lagi
bila ais krim aku menyembah meja :'(


Yummy2..
minah ni siap tapau bawak balik rumah.
Lepas ni kami nak pegi jejalan Penang pulak sapa nak ikut? Bersama 4 awek cun tu takkan tak maw lagi. haha^^
Apa-apa pun thanks sebab sudi mencapap kat belog aku dan baca entry cipan ni, esok-esok datang jenguk lagi, aku nak bawak ronda kampung kat Alor Setar pulak.





Nah ambik ABC Gunung Jerai ni, upah sebab sudi membaca :)
Sedap memang sedap, harga pon sedap, tapi aku ingat nak kelim duet balik kat makcik kedai tu sebab aku tak sempat nak makan ais krim yang kat atas tu. Aku baru nak sentuh, dia dah sembah meja. Sedeh betul. 





5 comments:

  1. cantik baju..mesti kalah pengantin..hahaha

    ReplyDelete
  2. aiyooo... baju jamu tu.haha

    king: jum la nak join.hehe:)

    ReplyDelete
  3. ahaha..boleh je, datang la sini nant kite bawak ronda :p
    pusing satu pantai nak?kehkehkeh :)

    ReplyDelete

tak puas hati tulis kat bawah compom aku balas ;p