^^Assalamualaikum^^
.tetiba perasaan membuak-buak nak update blog pada jam 3.37 minit pagi.
*Damn. Tidoq lambat lagi.
Disebabkan ada seorang makhluk tanya, pehal entry aku semua panjang-panjang-panjang belaka sampai tak laqat nak mengeja, jadi kali ni aku nak buat pendek-pendek ja. Kali ni je pendek. Esok lusa, panjang balik. ^oo^
Pada suatu hari, (tak ingat bila) oleh kerana 2 hari berturut-turut aku terperap kat qumah tak p mana-mana lepas balik dari Nilai buat short sem, hari ketiga mak aku bawak la anak-anak dia jalan-jalan. Balik kampung je pun. -_-'
Memandangkan mak aku dah ada kereta sendiri & lesen terbang, jadi selalu jugak la kami anak beranak keluar tanpa bawak bapak aku. Request ja nak p mana, comfirm mak aku bawak punya. Hahaha. Cuma satu je aku tak suka bila keluaq ngan mak aku.
Kalau tak sebab bosan duk qumah, aku tak hingin aih keluaq ngan mak aku. Mak aku bawak qeta macam hawaq. Aku qasa nyawa macam 50-50 ja bila naik qeta ngan mak aku. Ada sekali tu aku keluaq ngan mak aku, entah macam mana terlanggaq sorang minah endon time nak keluaq simpang. Tersembam cium jalan r minah tu. Tergamam mak aku. Time tu aku rasa macam nak menyorok dalam bonet ja. Biar mak aku settle sorang-sorang. Haha
Tapi aku lagi malu kalau sampai kat trafic light. Kalau hijau, laju je mak aku drift. Tapi kalau merah atau nak oren-kekuningan, aku rasa macam nak bernafas pon sesak. Aku taw sat g mesti qeta mak aku semput punya kalau lampu naik hijau. Lagi parah kalau qeta belakang dok hon-hon. Time tu aku rasa macam nak turun balik jalan kaki je.
Sekarang, lepas dua tahun mak aku dah pandai bawak qeta sendiri, merata la lepas. Rumah pun tak lekat bai. Asal aku balik dari Nilai je, jangan harap nak nampak batang hidung qeta mak aku. Lesap. Kesian aku dianak tirikan. Wuuwuu~~
**lepas ni aku kena belajar jangan tulis entry pepanjang. aku memang suka melalut. maaf.
Berbalik kepada mak aku bawak aku adik beradik pergi jejalan ronda kampung tuh, jum layan gambar ^_^
![]() |
.sumpah over. |
![]() |
sesi merembat buah pelam rumah orang ^^ |
![]() |
.ambik tengok sampai lebam. .jimat space..hoyeh |
![]() |
Damn. aku suka pemandangan waktu macam nih. |
![]() |
my little brother :) *banyak songeh. *kuat bebai. *still isap susu botol. haha(padan muka kau adek!) |
![]() |
.kutip kulit siput. .Feveret aku time kecik. |
![]() |
.mom. i love u |
Balik dari pantai, mak aku bawak singgah rumah Mak Long aku. Bujang lagi. Cikgu kaunseling. Aku tengok dia relax ja lepak baca novel M.A.I.D. Kaki novel bertemu kaki novel. Jom usya koleksi novel dia....
.pilih ja hampa nak yang mana. .esok aku p rembat lagi kat mak long aku. |
Hoho..Banyak ak? Terbeliak bijik mata aku tengok. Macam nak angkut bawak balik sekali ngan almari tu ja. Berpeluh aku pilih sampai sinopsis pun baca tunggang langgang tamak punya pasai. Last-last aku rembat 4 buah. Duri, Andai Itu TakdirNya, & 2 novel sambungan Ombak Rindu.
Andai Itu TakdirNya sumpah best! 10 kali aku baca, 1098753290 kali aku menangis. Ni esok aku nak baca lagi nak bagi habes stok ayaq mata.
p/s : combine gambar satu cara terbaik untuk mengelakkan entry panjang berjela-jela-jela.
TERIMA KASIH sudi singgah baca entry terpendek musim ni. ^_^