Wednesday, April 13, 2011

Hey idiot! i luv u!

Lama saya mengembara, mencari cinta saya.
 

Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut...


Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa...


Tapi itulah kebenarannya..saya ingat lagi, pada mulanya saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, dengan perubahan baru awak dan awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan.


Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak...


Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak..
 

Saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak..


Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam...Lemas dan hampir tenggelam...


 Dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini..


Dan baru saya sedari tika dan saat itu...Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak...nyata saya tak temuinya....


Tapi..

Akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya...Awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam...


Disana saya tak mampu melihat cahaya..saya jadi buta dengan cinta awak..


Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam...


Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Awak buntu dan keliru dengan hati awak sendiri..


Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa...


Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang...
Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...????


Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?


Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya,bahawa CINTA itu perlukan PENGORBANAN? Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


Awak....
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali...


 Tapi saya pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki,


1 cinta


dan 1 perkahwinan....

 

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali....


Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yg saya ada..
 

Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak.. Jangan pernah menganggap..


Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak...


Biarpun pada ketika awak berada disisi saya..setiap saat saya mengingati awak..seumur hidup ini saya mencintai awak..


Sekarang awak dah jauh.Awak dah tak macam dulu..Awak dah berubah menjadi seseorang yang saya tak pernah kenal...


Cuma...
Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu...


Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya....

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya....'


 “Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini”..


Semuanya untuk awak, tapi satu je yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya....

Seseorang pernah berkata,
If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place”...


Awak...
Kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak...


Saya berdoa supaya suatu hari nanti,awak akan temui apa yg awak cari.... Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar.... Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang....


Dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.....


Awak...Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini...


Dan saya tak akan menyoal...Saya juga tak pernah kesal...


Sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya..


Walaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik..










1 comment:

tak puas hati tulis kat bawah compom aku balas ;p