Thursday, May 31, 2012

Dilema


Assalamualaikum 

Soalan. Kenapa orang suka kaitkan tangan lembut, tak pernah buat kerja rumah?? Menyampah betul aku bila orang suka cakap macam ni. Nak marah, member. Oh kiranya orang rajin ni semua tangan kasar la cam gitu pulakkkk =='




ps ; rerajin lah pakai losyen ye sehari sebetol wakakakaka ;p




kbai


Gallery Interior Design UiTM Seri Iskandar


Assalamualaikum 

Baru tiga kali aku masuk galeri ni. Seriously cantik-cantik dan kreatif gila design senior-senior ID sebelum ni. Galeri ni baru je dirasmikan dan bila-bila student boleh masuk tengok tapi setiap kali aku p memanjang je berkunci =='


Aku tak taw la stok-stok design kat galeri ni sejak dari tahun bila sebab aku tengok dari tahun 2003 pun hado lagi. Lama kot dorang simpan baru sekarang nak publish kat public. Maybe dulu galeri ni dalam proses pembikinan kot. Nak himpun design-design yang ohsem ingat senang ke? 


Jum layan gambar-gambar yang aku tangkap kat galeri ni. Dari sekecik tapak tangan sampai sebeso bapak gajah pun ada dalam ni. Harap sangat satu hari nanti design aku pun akan duduk sebaris dengan design senior sebelum ni. InsyaAllah ;) (mengada taw)


kerusi kecik

menatang ni buat dari dawai. (udang galah, lipas, kelawar, sotong)

hoho yang ni aku ada buat. nanti aku hapdate :D



eh? eh? kucing?

kerusi ni best, boleh ubah-ubah kedudukan tinggi rendah.
yang bestnye, kerusi ni ada DUA BELAS, tapi parents student ni ambik seploh buat letak kat rumah! haha

aku suka ukiran ni !





kbai :D

Tuesday, May 29, 2012

Mak, kenapa langgar Jenny?



Sedih. Masa tengah taip ni pun air mata tak berhenti-henti mencurah ke ladang gandum. Jadah la. Tadi dalam pukul 9.30 malam, mak aku nak keluar balik kampung, kalut-kalut nak undur kereta, mak aku terlanggar anak kucing aku.........JENNY! (pengaruh ceta endless love semata-mata)


Masa aku keluar nak pegi tengok tu, ayah aku dok usap-usap kucing tu. Lepas tu adik aku cakap, mak langgar kucing. Ayah aku pulak cakap, “kesian la dia, mata sampai terkeluar”. Ya Allah, aku dah la tak boleh tengok-tengok darah ni. Nak nangis pun hado tapi tak kan la pulak nak nangis depan-depan adik aku kang dia cakap aku ni umo je doploh lebih tapi perangai cam bebudak. Kucing mati je ponnnn


Masa ayah aku tengah usap tu kucing tu hidup lagi. Aku memang tak sanggup lah nak tengok dengan berdarah pulak tu. Lepas tu aku lari masuk bilik, tepon pakwe la nak habaq. HAHA. Cakap tak sampai seminit menangis ja lebih sampai seploh minit =='


Pas tu aku keluar tengok lagi sekali, kucing tu dah mati. Lari masuk bilik sekali lagi hadap laptop sambil nangis macam orang gila. Pedih mata-mata. Pas tu lari keluar sekali lagi sebab takut ayah aku tanam die, kang tak sempat nak usap buat kali terakhir.


Masa ni la aku nangis macam hilang laki. Sampai ayah aku suruh diam sebab takut orang dengar. Sempat la usap-usap badan dia sebelum tanam. Wuuwuuu awakkkk...napa awak pegi cepat sangat. Teringin sangat nak tengok awak besar depan mata :'(


*sambung nangis*

kbai


Friday, May 18, 2012

Helicopter Kertas


Assalamualaikum 


Entry lepas aku cerita pasal lecturer drawing aku, encik N. Dia ni macam bom jangka la, bila-bila masa boleh meletup *kebabom*. Kadang-kadang tak buat salah pun tiba-tiba kena marah. Esaiment kena koyak, meja kena sepak, kerusi kena baling, tu udah biasa dongg


Hari tu dia ada bagi sehelai surat khabar dan masking tape, suruh setiap group buat helicopter dalam masa seploh minit. Haa perah otak kau macam mana nak buat helicopter yang boleh terbang pakai sehelai surat khabar. Rules dia senang ja, helicopter tu tak semestinya bentuk macam helicopter, yang penting boleh pergi jauh masa baling.


omel tak omel tak *PANGGG*=='


Setiap ketua group kena baling helicopter masing-masing dari atas tu. Pemenang ditentukan oleh pendaratan helicopter yang paling jauh.


Kesimpulannya kalau nak menang, helicopter tu kena berat bahagian hadapan, so bila baling boleh pergi jauh. Macam-macam bentuk heli kau boleh jumpa kat sini, yang macam obor-obor, roket, ufo, rambut kelapa laut africa pun hado.


nak jugak inteprem senahh!!

kbai

Melukis tanpa bantuan encik pemadam dan puan pembaris.



Assalamualaikum 



Antara bebanyak lecturer kat kelas aku, ada sorang je yang aku paling takut. Takut sebab perangai dia tak boleh nak jangka. Nama dia encik N. Lecturer drawing. Muda lagi. Anak baru sorang. Wifey dia pun lecturer ID jugak tapi ajar part lain.


En N ni suka bagi task-task yang super susah. Yang buat kita bukan setakat kena pakai otak tapi kena berfikir sedalam perigi buta belakang rumah tok aku. Aku dengar budak kelas dia ada la 2,3 orang yang dah quit sebab tak tahan. Esaiment first yang kami dapat masa kelas drawing ni ialah melukis bangunan menggunakan pensil tanpa bantuan pembaris dan pemadam.


Seminggu aku ambik masa nak lukis tak guna pemadam dan pembaris. Noob gila, biasa la bebudak junior. Apa yang lecturer cakap ikut je bulat-bulat. Tu pun sebab ada member kelas aku cakap lecturer boleh detect kalau kita guna pemadam dan pembaris, so kalau nak selamat better jangan guna. Aku pun takut punya pasal, ikut la cakap dia. Kalau ikut aku, ADE AKU KESAH KE SENAH? HAHA


Original version




Version yang telah aku hancuskan wakawakawaka 




Memang wajib la senget benget bangunan tu kalau dapat kat aku. Tangan pun herot buat straight line. Biasa la parkinson =='. Ni kalau architect tengok drawing aku ni silap-silap dia ambik buat lap meja dapur rumah dia je. Lagi malang lepas submit tu, en. N koyak lukisan kami sebab dia tak puas hati. Naseb baik lukisan aku terselamat dari koyakkan maut tu kalau tak memang time tu jugak la aku pegi bando U beli tiket balik kampong ngadu kat mak. Wakakakaka


Ni pulak lukisan bebudak kelas aku. 





kbai



Saturday, May 12, 2012

Hala Tuju lepas SPM


Assalamualaikum 

Bagi sesape yang tak tahu, sekarang aku baru nak masuk semester kedua sebagai pelajar diploma Interior Design (ID). Menjadi pelajar UiTM kos seni memang dah lama aku idam-idamkan sejak dalam perut mak lagi. hewhewhewww. Tapi bapak aku tak bagi sebab dia cakap kos seni ni susah nak dapat kerja. eh? Buktinya bini member bapak aku yang ada dip pun sampai beranak pinak tak kerja-kerja lagi. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia sapa yang taw ye dop.


Lepas SPM, macam-macam institusi aku apply. SPA, maktab, UPU. UiTM je aku tak isi weyyyyyhhhh! Sebab aku ingat bila aku dah isi UPU dari first choice sampai third choice dan seterusnya aku letak UiTM, comfirm akan dapat lagipun result aku kos seni kejadah semua tu aku dapat A solid kottttt tapi at last yang aku dapat UIAM ! yesss UIAM ok =='


Sebulan sebelum aku masuk UIAM, aku dapat interview SPA - Jururawat pelatih/Jururawat Masyarakat/ Penolong Farmasi. Aku isi lima tapi yang layak untuk di-interview hanya tiga. Ok la dari tak dak apa langsung kan. Interview kat Hospital Alor Star. Ada la dalam 20 orang hari tu. Mula-mula masuk ambik test yang nak uji kejujuran kita tu. Dalam masa satu jam setengah kena jawab lebih kurang 200-300 soalan. Soalan dia ya ampunnnnnn.... berbinau mata eden nak baca sebab berulang-ulang.


Masa masuk interview tu lagi sekali ya ampunnnnn.... habis sopan dah aku ni haa jalan kepit-kepit duduk bersimpuh atas kerusi wkakaka ok ni tipu. Soalan pertama wajib la perkenalkan diri kan. Naseb baik cakap melayu kalau cakap omputih boleh buat terberak eden kat situ. Lepas tu dia ada tanya tak dapat mana-mana tawaran ke. Aku time tu memang dah plan awal-awal tak kan cakap dapat tawaran UIA sebab orang cakap SPA ni hanya ambik budak-budak yang fresh. Means, kau tak dapat apa-apa tawaran dari mana-mana institusi lagi. Masa interview ni kau kena bijak menipu, cakap tu kena la belit-belit sikit, ayat mesti manissssss. bhahahaha jahat kan =='


Soalan-soalan yang dorang tanya termasuk lah apa nama menteri kesihatan, menteri bla bla bla, berapa kolej jururawat kat mesia, nama organ dalam badan, nama saintifik ubat-ubatan, warna baju jururawat farmasi, apa tugas misi dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah semua aku boleh jawab kecuali yang nama saintifik ubatan tu je aku tak taw. hewhew 


Sebulan jugak lah result SPA nak keluar samaada dapat atau tak. Dalam masa yang sama, aku dah kena masuk UIA so nak tak nak terpaksa masuk belajo dulu sementara tunggu result SPA. Tak sampai sebulan kat UIA, bapak aku tepon cakap aku dapat SPA! Time tu perasaan terbelah bahagi nak stay kat UIA ataupun tak. Tapi hati aku berat kat SPA sebab aku rasa aku tak mampu nak belajo kat UIA sebab subjek power sangat. 


Tapi......aku tak p pun SPA. hahaha buat penat je p interview kan. rezeki dah tergolek depan mata pun boleh tolak. Kalau pikiaq-pikiaq balik rasa macam nak putaq balik 2,3 tahun ke belakang, bodo gila sebab p tolak kalau dak time ni mesti tengah cucuk bontot cina tua kat spital seberang jaya wakakakaka


2tahun setengah kat matriculation UIA, dan setelah 2 kali memegang status sebagai repeater paper BI yang sangat la haram jadah sebab payah nak lulus walaupun hanya lagi 0.5 mark saja lagi untuk terus ambik degree kat Gombak, terus aku berambos tanpa quit. bhahahaha aku memang jahat. padan muko ko UIA. 


Disebabkan ingin menebus kekecewaan sebab tak mintak UiTM dulu, aku pun apply untuk second intake november 2011 dan alhamdulillah aku dapat kos ID. Sesungguhnya Allah mendengar doa-doa orang yang teraniaya ;) Terima kasih UIA sebab telah menggagalkan paper BI saya sebanyak 2 kali untuk memaksa saya ambik long semester ataupun mungkin pihak anda ingin merembat duet bapak saya untuk yuran yang perlu dibayar sebanyak rm700. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk bayar yuran di UiTM rm500 sahaja. Tu pun dengan bantuan dari WPP RM1500 yang saya dapat sebelum masuk UiTM. (pinjaman je ponnn senah ko jangan riak)


Tadi member dari UIA gombak mesej cakap dia nak quit UIA sebab tak tahan. Bukan tak tahan sebab banyak negro kacau dia tapi sebab kena belajar bahasa Arab yang sangat extreme. Lagi mengejutkan dia dah kena DISMISS masa semester satu sebab pointer rendah. So pilihan dia lepas ni adalah UiTM jugak macam haku. 


Welcome to UiTM 


Friday, May 11, 2012

Demam Campak.


Assalamualaikum 


Aku baru lepas baik demam campak. Azabnya hanya Allah ja taw. Drama ayaq mata siang malam. Habis adik-adik aku dengan aku sekali terkena. Mak dan ayah terkecuali sebab dorang dah biasa kena. Orang cakap kalau dah penah kena memang tak kan kena dah, demam campak ni sekali je seumur hidup. Ni semua gara-gara balik kampung jenguk nenek aku, tak taw pulak yang sepupu aku kena campak. Padahal aku ngan adik-adik aku tak bercampur pun ngan dorang. Duduk jauh sebatu. Last-last lekat jugak. sangat wadafak! (alasan terbaik kenapa tak hapdate belog ==')


Mak aku cakap, masa kecik-kecik dulu aku dah penah kena campak ni tapi campak sekam je la. Macam mana qhope campak sekam ni aku pun tak taw la. Jadi bila dah besaq ni campak lain la pulak ye mak. Naseb baik seminggu je aku dah lega. Ada sorang member fesbuk aku tu dia cakap dia kena campak sampai makan masa 2 bulan baru nak lega. Siap p buat treatment bagai. Eleh, nak takutkan aku letttuwwww.


Naseb baik campak aku tak banyak. Masih boleh dikira dengan jari lagi la kalau adik-adik aku memang penuh semua ruang kat badan dorang sampaikan kat tutttt pun ada! dasyat. Adik aku yang form 2 kalau tengok belakang badan dia memang katak puru pun gelak bai sebab ada geng. Adik aku tu bangang dah taw kena campak, boleh pulak dia bagi kena hujan. Hujan dengan campak tu ibarat minyak petrol dengan api tahu?


Sakit kena campak ni jangan tanya lah. Rasa macam nak mati pun hado. Menangis meraung hentak hentak kaki depan makayah pun dah tak rasa segan. Muka pun dah berketul-ketul rasa macam nak sagat kat dinding belakang rumah. Tiap-tiap malam sebelum tido mesti menangis dulu tengok muka kat cermin. wuuuwuuuu mak lampir pun lari kalau tengok muka haku. 


Satu habuk gambar pun aku tak tangkap masa demam campak. Ingat nak buat kenangan tunjuk kat anak-anak nanti tapi nak buat guano enset canggih kawe masuk spital sebab beteri dia mengandung. Tunggu masa nak meletup je beteri tu. Beteri buatan China mungkin. Nyesal beli blackberi sekehen tu beteri dia ciplak punya kot sebab dah kembong macam ibu mengandung. Erm kalau letak minyak yuyee cam limau agak-agak boleh hilang tak kembong dan buncit kat beteri tu? huhu :p