Monday, November 14, 2011

ABC ke Ais Kacang? arghhh gasak arh mana satu pon.



Ni mungkin salah satu kejadian paling memalukan dalam hidup aku. mungkin. Masa aku tengah study kat UIA dulu, memang susah ar nak lepak dengan member sekampung. Kelas padat, balik kelas tidur, hujung minggu outing. Kalau nak jumpa pon kena buat appointment seminggu awal. Padahal blok aku ngan dia tak jauh sangat pon. Terpisah ngan sekangkang padang bola je.




blok aku tak dapat dikesan dalam gambar ni




Satu hari tu aku ajak dia pegi lepak kat kedai belakang, makan Ais Kacang. Berdua je. Aku tanya dia, nak makan ape, dia cakap nak ABC. Aku pulak nak Ais Kacang. Pas tu aku pon panggil la waiter dan aku pon order....




Aku : Akak, bagi ABC satu, Ais Kacang satu.

Akak : ???  *sound effect bunyi cengkerik*



Pas tu member aku menyampuk, "Weiii ABC tu Ais Kacang la!! muahahahaha" Pas tu dia pulun bahan aku. cilaka !




Pesal aku tak taw ABC tu adalah Ais Kacang hah? Malu siot. Naseb baik yang ambik order tu pompuan, kalau laki mau pengsan aku kat situ. malu wei maluu. Mengaji tinggi-tinggi sampai masuk unibersiti, ABC pon tak taw. Sebab masa aku kecik-kecik dulu, makcik aku selalu buat Kueh E bila dia demam, konon boleh kebah la. Kueh E tu nama ja E tapi tak dak bentuk E pon. Bentuk dia leper-leper besar biji guli, adun dengan tepong pastu masak dengan air halia. Sedap kot ! bila makan rasa berangin kepala hotak.




Sebab terpengaruh ngan Kueh E makcik aku tu, bila aku terbaca kat mana-mana kedai makan tulis pasal ABC, mesti aku pikir menatang macam ni ------------->>






makanan yang ada hurup ABC sampai Z. makan la sampai kenyang !


Muehehehehe. tak heran la kalau aku tak taw ABC tu adalah AIR BATU CAMPUR ! Rasa macam bangang gila. hahaha




ABC = AIR BATU CAMPUR :)


Kbye

Last but not least



Assalamualaikum. Pergh rasa macam lama gila tak hapdate :p


Hari Rabu ni aku dah jadi student balik. Tak sabar rasa nak pegi kelas. Tapi kali ni bukan kat uia ok, uitm pulak. Uia aku dah pangkah. :p


Sebelum pegi wajib la jumpa yang tersayang. Kalau tak jumpa maw tak lena tidoq kat sana nanti. Kalau boleh angkut si dia pegi sana sekali memang dah lama aku angkut tak payah nak susah-susah hati sebab tak taw bila pulak boleh jumpa. sedih :'(


Last jumpa ni kami pegi makan kat Hotmas, Sungai Petani. Terima kaseh member yang tolong promote makan kat sini. Setengah jam pusing cari kedai tak jumpa, first time mai nih. Makanan kat sini memang sangat-sangat terbaik, orang pun ramai sampai kena berebut tempat duduk. Pakwe-pakwe kat kedai tu memang hensemmmm, sambil makan boleh cuci mata :p Kalau nak kena hentuk pala kat dinding kedai dengan encik sayang anda, sila kan usya.



cik sayang punya.
spice amende ntahhh


chicken chop aku. sedap dan kenyang !
(makan tak habes pun sebenarnya :p)

jus epal encik sayang

jus oren 3hinggit je :p

Gambar makanan je sempat snap, nak tangkap gambar sendiri segan pon hado. Orang ramai sangat kang kena cop jakun pulak -,- tapi pakwe situ memang hensemmmm kotttt. eh? pesal lari topic ni hoi


Tapi nak komplen sikitt, abang yang tolong ambik order tu muka macam nak telan orang je pesal. Serius gila senyum pon tak, pelanggan tengok pun takut. Ambik order pon tak tulis, angguk-angguk je, aku nak cakap pon rasa was-was. kang aku cakap nak chicken chop dia bagi nasi goreng pulak. Lagi satu, erm yang hensem-hensem pakai baju kelabu rambut pacak, puteh melepak macam chinese tu ade nombo tepon tak??? errr adik yang mintak -.-'


ok bye